Nampak sangat kemahiran tak terzahir, tolak tepi yang tak menarik Pengalaman menjadi dalil Bab kepakaran kau jahil Miskin ilmu hendakkan hasil Jiwa dijual rela hati dibeli azazil Yang kesesatan, sila tampil Ikut buruj kelawar sepuluh bintang yang membentuk bulan sabit Anak perang manifestasi kata tawan lawan cara zalim Kami junjung perintah raja zarim Jaga taring, jangan tayang jika tumpul Kalau kurang berani nak berdepan sila undur Akal kekal bijak, cepat tindak, kerap pijak, jenis gemar riak Buat semak dalam babak nilah Ini budaya jalanan, ramai benak tang peradaban Sambut meriah musim perayaan Pengayaan kata dalam tiap baris Aliran hampir kekotoran, mujur muncul pelapis Sebelum berakhir Cahaya kan hadir Menerangi hati ini Memandui ke destinasi Sebelum berakhir Cahaya kan hadir Menerangi hati ini Memandui ke destinasi Definisi hero jati diri kasi teguh Pesan jaga famili tak bagi orang sentuh Tiap saf baris kukuh bijak tangani musuh Bahasa tubuh tak gentar semangat tidak lusuh Lebih mendidik daripada menghukum Menjaga kebajikan pakaian makan dan juga minum Tak mudah lemas walau arusnya deras Sentiasa tenang walau tiap detiknya cemas Di tanah terbentang ataupun di lautan luas Aksi buku temu ruas bila dialun ombak ganas Tak terkandas di kala masa bergerak pantas Sentiasa baiki diri bebas dari sifat malas Bila cuai harap mesej ni sampai Tampil sebagai wakil ketika kita hidup lalai Serba serbi peribadi isi dalam hati 16 baris tak cukup jadi lain tambah sendiri Sebelum berakhir Cahaya kan hadir Menerangi hati ini Memandui ke destinasi Sebelum berakhir Cahaya kan hadir Menerangi hati ini Memandui ke destinasi Aku buta dengan airmata, yang bertitisan Tapi masih boleh menulis untuk seni lisan Dengar kadang kala ia membisikkan Jadi tak jadi semuanya hal picisan tapi kau salah tafsiran Keperluan seharian kau sipi-sipikan Dalam hati ada rongga, kau enggan isikan Tak intai masa depan, kau gagal perisikan jangan kau menghitung hari Yang kau ada lagi berharga dari yang kan kemari Yang masih lagi ada cuba kau jangan cemari Sebelum ia semua hilang tanpa disadari Amar ma'ruf, tanpa rasa tertekan Tapi banyak sangat yang nak dikerjakan, alasan Aku di sini, takkan tinggalkan kesan Sebelum aku pergi, aku tinggalkan pesan Sebelum berakhir Cahaya kan hadir Menerangi hati ini Memandui ke destinasi Sebelum berakhir Cahaya kan hadir Menerangi hati ini Memandui ke destinasi Sebelum berakhir Cahaya kan hadir Menerangi hati ini Memandui ke destinasi Sebelum berakhir Cahaya kan hadir Menerangi hati ini Memandui ke destinasi