Datuk Panglima pergi membajak Ke tanah rata senja pulangnya Datuk Panglima pergi membajak Ke tanah rata senja pulangnya Kalau Saloma orang yang bijak Negeri kita apa namanya Kalau Saloma orang yang bijak Negeri kita apa namanya Ikanlah keli di dalam perahu Oranglah buta tangkap buaya Ikanlah keli di dalam perahu Oranglah buta tangkap buaya Kalau Cik Ramlee ingin nak tahu Negara kita nama Malaysia Kalau Cik Ramlee ingin nak tahu Negara kita nama Malaysia Ramalah rama di pohon duri Mati ditimpa si buah nangka Ramalah rama di pohon duri Mati ditimpa si buah nangka Kalau Saloma orang bistari Bulan berapa Malaysia merdeka Kalau Saloma orang bistari Bulan berapa Malaysia merdeka Anak benggali di kebun nyonya Petiklah gambus anak Melaka Anak benggali di kebun nyonya Petiklah gambus anak Melaka Wahai Cik Ramlee ini jawabnya Tiga puluh satu Ogos Merdeka Wahai Cik Ramlee ini jawabnya Tiga puluh satu Ogos Merdeka Ke pasar lama membeli serai Singgah bertanya Datuk Menteri Ke pasar lama membeli serai Singgah bertanya Datuk Menteri Kalau Saloma orang yang pandai Di mana letak Ibu Negeri Kalau Saloma orang yang pandai Di mana letak Ibu Negeri Anaklah bilal dari Mentakab Pergi ke Johor buat kenduri Anaklah bilal dari Mentakab Pergi ke Johor buat kenduri Cik Ramlee soal mudah dijawab Kuala Lumpur ibu negeri Cik Ramlee soal mudah dijawab Kuala Lumpur ibu negeri