Akak bukan taknak bayar Tapi saya harap pihak akak boleh sabar Bagi saya beli makan dulu kami lapar Ini serius cakap bukan nak lawak hambar Kalau akak nak potong baiklah potong Minta maaf macam aidilfitri kosong kosong Tapi kalau akak boleh tolong, tolong tolong Dah bertahun saya melanggan saya sokong Kalau takde khidmat syarikat ini tak mati Hidup tetap hidup susah sikit sakit hati Kesian akak kerja kejar kami hari hari Call nombor ini lagi Saya takkan lari Saya janji Pernah ku rasa susah begini Hadapi semua penuh sabar Cintai dirimu sendiri dulu Baru kau rasa cinta darinya Sabarlah Sedikit saja Mama aku lihat kamu Jual kuih cari makan demi anakmu 3 budak nakal adik adik campur aku Seluar sekolah senteng beli baru tak mampu Sedih perit semua kamu simpan dalam hati Garang marah capai rotan kami 3 lari Belit bakul bakul berkati kati Tapi kamu contoh belajar kami berdikari Andai kata esok lusa aku takde lagu Mana tahu esok lusa nama dah tak laku Aku boleh mula usaha lain hidup baru Tunjuk ajar aku punya sifu Mama aku Pernah ku rasa susah begini Hadapi semua penuh sabar Cintai dirimu sendiri dulu Baru kau rasa cinta darinya Sabarlah Sedikit saja Berikan aku kekuatan Nak berhadapan dengan tekanan Dan tangankan ujian yabg telah kau kurniakan Yang telah kau kurniakan Jangan kurangkan bebanan Tapi tingkatkan ketabahan dan kesabaran Aku janji akan aku akalkan Akan ku akalkan Pernah ku rasa susah begini Hadapi semua penuh sabar Cintai dirimu sendiri dulu Baru kau rasa cinta darinya Sabarlah Sedikit saja Bersabarlah Bersabarlah Sedikit saja