Hujan damaikan aku Khayalan ku semakin membawaku jauh Apa maknanya hidup Beban di bahu ini siapa yang tahu Dari mana datang suara-suara ini Hujan bisikkan padaku Berat pikul buah fikiran kelat Kudrat tinggal dua tiga kerat Minda medan perang sambil waras ku meniti sendiri di atas benang Tergelincir takleh terbang Tergantung pegang kuat Di bawah ada jurang Terapung sedetik jerit Memenuhkan ruang Lemas tanpa air Cemas ku beku belum cair Toleh kiri, kanan tiada siapa yang hadir Pandai cerdik mengherdik Kau memang mahir Suara itu batin tak nampak mulut yang zahir Kadang berbisik, kadang bergema Kadang membelai, kadang mencaci cela Kadang dia senyap memerhati bukan lenyap Kadang dia masam, kadang manis manja sedap Selalu dia aku menyamar sebagai kamu Kembar siam yang tak diam aku dengan aku Aku, aku, aku Hujan damaikan aku Khayalan ku semakin membawaku jauh Apa maknanya hidup Beban di bahu ini siapa yang tahu Dari mana datang suara-suara ini Hujan bisikkan padaku Sekiranya aku musuh ku sendiri Siapa yang kan selamatkan aku Kalau hari ni dah khatam besok permainan baru Kerja gila judikan waras kita baling dadu Bertekak dalam otak bertarung dalam kalbu Kita tengok siapa tewas aku atau aku (atau aku) Kau memang licik tak boleh bagi muka sikit Mula naik toncet pijak kepala sampai robek Air muka tenang bawah permukaan bergelut Tiada lawan mulut perang hujan tak bersebut Pidato si angkuh aku ni patuh (hee) Lebatnya debatnya aku sekerat je (hoo) Menang dan kalah aku tak salah (hoo) Tak boleh tabah aku tak gagah (hoo) Aku tak sempat rehat kita teruskan sambung Dua belah dalam satu jasad yang bernaung (Hoo) bila akal bertarung personaliti bersabung Bila mantik tersadung buah fikirannya maung, maung, maung, maung Dalam hujan ku bersihkan kekalutan Ombak datang, ombak pergi aku tenang Hujan damaikan aku Khayalan ku semakin membawaku jauh