Dendam wanita buat dunia berputar Dendam wanita buat kau makan kata Menukar reality macam tukar channel TV Jangan kata notis, amaran ku tak kasi Berat, hati aku sudah sarat Mengandungi sampah yang terkumpul hidup dalam masyarakat Larat, tak bisa jadi ubat Selama ni kularatkan diri, sekarang tersumbat Aku wanita, jadi hidup aku sukar dari mula Tiket percuma hanya pada yang ada berbola Jalan pergi pasar, tiada siapa yang kata "Emm, besarnya dada dia", pakai kemeja pun jadi lah Tanpa undangan, tangan dia mencapai badan Macam aku rumah terbuka, layan macam boneka Kalau aku balas semula kau panggil murah, sudah Dendam wanita buat dunia berputar Dendam wanita buat kau makan kata Menukar reality macam tukar channel TV Jangan kata notis, amaran ku tak kasi Kau suruh angkat tangan kiri, aku angkat tangan kiri Bila nak gerak sendiri kena serangan tradisi Dah lupa diri ke? Perempuan ke betina? Aku hanya target murka, target orang campak cuka Pakai baju apa pun orang akan berkata Siapa sangka kerna gunungku, badan binasa Aku memang macam gunung, anjing banyak menghurung Menyalak, tapi bukannya aku boleh gerak Semak-semak hati aku retak Kerna orang paksa aku menari ikut rentak Silap-silap aku menari pun kena hentak Setiap pergerakan dan langkah hanya bawa puak Yang tak senang hati Ceraikan aku talak tiga dari dunia patriarki ini Dendam wanita buat dunia berputar Dendam wanita buat kau makan kata Menukar reality macam tukar channel TV Jangan kata notis, amaran ku tak kasi Yuna kena sound tunjuk kaki Sound kerna dia menyanyi Sound kerna turban dia tak mencukupi syarat Isyarat, bahsa kita patut guna 'tuk berkomunikasi Kena jadi O-K-U, baru boleh jadi somebody help you Help me Help all the girls and women to be free Aku tidak mahu kau punya ekspektasi Curah harapan engkau pada diri ini Jadi anak Mithali, isteri Mithali, ibu Mithali Siapa lelaki namanya Mithali, meh sini Jadi maram aku bagi orang puas hati Please, yo Dendam wanita buat dunia berputar Dendam wanita buat kau makan kata Menukar reality macam tukar channel TV Jangan kata notis, amaran ku tak kasi You know that? You can never colour me Warna rambut aku tukar setiap hari Biar hati ini tidak ceria Tapi fizikalku berwarna Warna kulit kuning langsat Bila berjemur jadi coklat Aku tidak lagi terpedaya, dengan krim pencerah Fair and Lovely got nothing on me, brah Aku panjang cermin aku selesa, pandang cermin aku tak kesah Pandang cermin aku suka, bangga, dengan wanita depan mata Aku berdiri atas bara api menukar tradisi ♪ Dendam wanita buat dunia berputar Dendam wanita buat kau makan kata Menukar reality macam tukar channel TV Jangan kata notis, amaran ku tak kasi