Merah menyala oh jantungku berdegup pantas keranamu Haru biru fikiranku bila kau pergi jauh Kehadiranmu mewarna kehidupanku Putih sucinya perasaan jiwa untuk dikongsikan Sejingga api membara... sehangat itulah cinta Kehadiranmu mewarna kehidupanku Sesaat berjauhan rasa tidak keruan Hilang arah gundah... tanpa khabar ku resah Hitam gelita pandangan... rindu makin dirasakan Hanya satu ku mahu Berdamping denganmu disisi selalu Secerah kilau kuning suria... sinar menyelinap kalbu Sesegar hijau dedaun... senyummu menawar pilu Kehadiranmu mewarna kehidupanku Walau seikhlas lafazku kasih Luahan hati masih tak setanding bahasa Demi cinta pastiku sedaya mencurah yang termampu Tahtamu mampan dijiwaku Sesaat berjauhan rasa tidak keruan Hilang arah ku gundah... tanpa khabar ku resah Hitam gelita pandangan... rindu makin dirasakan Hanya satu ku mahu Berdamping denganmu disisi selalu