Jalan cerita hidupmu penuh teka-teki Sarat derita mengundang curiga pada diri Belum habis kau hela nafas lega Kembali ditampar sengsara Puas kau mengeluh tanpa sudah Engkau masih pejuang Berwajah ceria di balik resah Kerana masih kau yakin pada pengatur cerita nan mahakarya Episod lara ini hanya secebis karya-Nya Mengajar kau percaya "it's okay to not be okay" Sempurna serpihan teka-teki hidupmu Diiring babak air mata duka Tak mengapa kau bersedih di pertengahannya Engkau masih pejuang Demi pengakhiran cerita bahagia Kerana bayarannya derita bahkan air mata hingga hujungnya mahakarya Derita itu laksana pasir jerlus yang menarik tubuh Semakin bergelut semakin membenam Hanya kau perlukan sedikit ruang waktu dan utuh serahanmu Pada sang pengatur mahakarya Engkau masih pejuang Berwajah ceria di balik resah Kerana masih kau yakin pada pengatur cerita nan mahakarya Engkau masih pejuang Demi pengakhiran cerita bahagia Kerana bayarannya derita bahkan air mata hingga hujungnya mahakarya Kerana bayarannya derita bahkan air mata hingga hujungnya mahakarya