Kishore Kumar Hits

Eabidak - Dengarkan Ketika Sedih 2 текст песни

Исполнитель: Eabidak

альбом: Dengarkan Ketika Sedih 2


Rasa bagaikan seperti dunia mengkhianati
Rasa sakit hati taknak hidup mahu mati
Kadang rasa benci dengan takdir Sang Illahi sehingga
Airmatamu mengalir tanpa berhenti
Aku juga pernah rasa apa yang kau rasa
Aku juga pernah rasa marah putus asa
Aku juga pernah menangis tiada henti hingga airmata
Mengalir meniti atas pipi
Tapi Tuhan sentuh hati tanya apa khabar?
Dia kata kan ku kuat perlu tahan sabar
Orang yang diberi ujian maka darjat tinggi aku boleh
Buat jadi kuat jadi cuba lagi
Janganlah merungut hidup dengan tenang dalam
Berjuta bahgia hanya derita kau pandang
Cuba senyum dan cuba teruskanlah berjuang
Jangan kalah dengan emosi lawan sampai menang
Aku mungkin tak hadap apa yang kau hadapi
Aku mungkin lain jantina berbeza hati
Tapi aku pasti kita bernyawa dan akan mati jadi aku
Mahu kau hidup sepuas hati
Duit tak buat kau bahgia itu aku yakin
Kalau duit punca bahgia kita semua miskin
Aku tahu maka lagu ini aku bikin aku berharap kau akan
Dengar lagu ini mungkin
Hidup bukan perlumbaan jangan jadi rasis
Jangan banding taraf sama biasa atau artis
Kita semua sama walau lain nama bapa walau lain ibu
Tapi warna darah kita sama
Ku juga pernah jatuh cinta dengan depresi
Airmata jadi teman baikku disisi
Bahagia cemburu dan rasakan dikhianati pergi tidak
Menemani sebab rasa dicurangi
Aku menyesal depresi mengkhianati aku
Aku pujuk bahgia untuk kembali denganku
Kini hati aku tidak lagi disakiti bahagia setia disisiku
Dan selalu menemani
Kau juga perlu cuba belajar hidup senang walau nak
Hidup senang bukannya benda senang
Engkau tidak salah jika hidup kau tak bahagia tapi kau
Sangat bersalah jika kau mati sengsara
Aku tahu bukan mudah untuk pujuk hati
Aku tahu rasa jasad hidup jiwa mati
Aku tahu engkau taknak hadap hidup lagi tapi itu bukan
Alasan untuk jasad engkau pergi
Mungkin kau bersedih kerna pergi ibubapa
Mungkin kau sakit kerana pedih putus cinta
Tapi cuba lihat dunia sedang disakiti ada ramai hilang
Tangan juga ada hilang kaki
Dengarkanlah lagu ini tika engkau sedih
Jika lagu pertama tak hilangkan sedih masih aku peduli
Walau aku tak kenal dirimu aku mahu kau rasa
Disayangi tanpa kekasih
Biarkan mereka kata jangan kau peduli
Biar mata buta tapi jangan buta hati
Biar sakit dalam sejuta hanya sekali kerna tiada
Penyakit tanpa ubat kecuali mati
Masihkah kau ingat waktu engkau masih muda
Tidak punya masalah tidak punya dosa
Kau boleh rasakan jika kau lawan emosi kerana waktu
Mudamu tiada perasaan lagi
Benar, Kita manusia tidak sempurna
Ada kesilapan kadang rasa tak berguna
Ingatlah Nabi juga tak reti membaca tapi punya ilmu
Lebih luas daripada dunia
Bangun askar, mari kita lawan depresi
Kita punya hati sama kuat macam besi
Percayalah kita boleh lawan sampai mati
Pesanan dari Koperal aku harap sampai hati

Поcмотреть все песни артиста

Другие альбомы исполнителя

Похожие исполнители

YAPH

Исполнитель

MFMF.

Исполнитель