Could you give me little,
Give me little,
Give me little,
That kind of love,
Hai apa khabar cinta, kita bersua mata,
Ingat lagi tak tika aku tersasulkan kata,
Aku tak percaya cita-cita ku jadi nyata,
Aku dah berjaya tukar kau punya biodata,
Dari single ke berpunya, kau aku punya,
Jika ku matahari sudikah kau jadi bunga?
Kita tak sama bagai gula dengan cuka,
Tapi saling melengkapi bagai suka dengan duka,
Jika terluka, mari sini ku ubati,
Ku nyanyikan lagu untukmu harap kau hayati,
Senyummu ku perhati, putih merpati,
Kita dua berlainan jasad tetapi cinta sehati,
Adakah kau lahir berketurunan raja?
Sebab kau lah permaisuri di hatiku sahaja,
Yang selalu aku manja sebab engkaulah insanku,
Sudikah kau jadikan patik pasangan tuanku?
Could you give me little,
Give me little,
Give me little,
That kind of love,
Hai si paduka liku, aku tak tipu,
Cinta aku untukmu tiada siapa yang boleh tiru,
Jangan keliru, ku pahat dalam lagu rumi,
Boleh tak anakku nanti panggil dirimu ummi?
Kenapa kamu tiba-tiba saja senyum malu?
Aku nak pesan hati kamu bawa balik satu,
Malaikat pun cemburu ku dipilih bidadari,
Penjarakan ku dalam hatimu sambil digari,
Curi ku punya cinta, curi ku punya hati,
Nanti anakmu curi namaku di bin dan binti,
Jahatnya kamu, ajar ku apa erti sunyi,
Iaitu tika engkau tiada denganku temani,
Satu kosong kosong palang satu kosong kosong,
Sayangku padamu itu tak kan pernah kosong,
Jadi sayangku tolong terima ucapan kasih,
Mari sayang terbang tinggi macam Inderawasih,
Could you give me little,
Give me little,
Give me little,
That kind of love,
Поcмотреть все песни артиста