Aku telah melihatnya Aku telah mendengarnya Tak perlu engkau kejutkan aku Tidakkah kau mengerti? Hidupmu dalam teka-teki Mencari kebenaran Sedikit tapi payah Jika kau mengejar yang lain Merindui kilauan emas Tapi alpa dengan yang tercipta Demi masa Manusia sentiasa dalam rugi Melainkan mereka yang tahu Engkau sering bermusuhan Hanya tentang kebenaran Sedang engkau masih keliru Bagaimanapun jua Engkau mesti berjalan Walau arus tersesat dan luka Dan berpindahlah engkau insan Dalam putaran hidup ini Hingga saatnya kau bertemu Dalam satu pertemuan yang sejahtera Hanya mimpi Kata mereka yang rugi Hanya mimpi Mereka tak mahu mengerti Dan tak peduli Jika kelak kau melihat aku tidur dan sedang bermimpi Ku harap kau memahami keadaanku Dan mungkin kau ingin bersamaku bersama bermimpi Dalam kenyataan yang satu ♪ Semakin mendalam Banyak ku yang tahu perasaan hati nurani Mungkin kau kan bertanya Siapakah dirimu? Apakah destinasimu? Apakah ada yang lain? Dari peganganmu yang ada Atau mungkin perjalananmu Tamat di sini dan tiada lagi Hanya mimpi Kata mereka yang rugi Hanya mimpi Mereka tak mahu percaya Dan tak mengerti Jika kelak kau melihat aku tidur dan sedang bermimpi Kuharap kau memahami keadaanku Dan mungkin kau ingin bersama Bersama bermimpi dalam kenyataan yang satu