Tak sanggupku berdepan Tak ingin memandang Tergambar kepahitan semalam Terhiris perasaan Ku pernah dibiarkan Tiada khabar yang kau kirimkan ♪ Pinggan untuk perhiasan rupanya pecah di tepi Tidak elok andainya dibuat hidangan Apa pula kata tetamu yang datang Itulah umpama kisah silam Usah diungkit sengaja dibesarkan Demi menutup kesilapanmu Demi memohon kemaafanku Tertutup sudah pintu hatiku Tak usah engkau memujuk rayu Biarpun berpisah nyawa dan badan Sudah bersumpah tidak berdepan ♪ Mendengar namamu bagai memikul beban Mendidihlah kemarahan yang terpendam Itu belum lagi kita berdepan Lebihlah elok jika dibiarkan Kemarahanku reda sendiri Usah ditambah bara yang tersimpan Walaupun berbagai rencana engkau lakukan Sedikit pun tidak melembutkan hati Malah makin tebal kebenciaanku Serta marahku tiada berkesudahan Biarlah aku menanggung sendiri Segala dosa kerana membencimu