Alkisah sebuah gunung bernama Uhud Didaki Rasul dan tiga pengikut Bergegar Uhud lantaran rindu Ditenteram Rasul, menenangkan rindu Alkisah di perkebunan, merintih si unta Dibebani kerja sedikit makanannya Dikucup kaki Rasul yang mulia Dibelai Rasul, keluhan unta didengar Hebatnya manifestasi cinta alam Tiada pohon, batu dan pergunungan Yang dilalui Baginda tanpa salam Kerana dia sebaik ciptaan (ciptaan) Dia hadir mengajarkan mazhab cinta Hingga makhluk lain turut merasa Hanya kerana cinta pada Baginda Dijanjikan Syurga dan bersamanya Hingga Uhud dijanji Syurga Rasul turut mencintainya Alkisah pohon tamar yang kekeringan Dahulunya mimbar namun ditinggalkan Menangis rindu (menangis rindu), rintih bak si bayi Ditenangkan Rasul, lantas didakapi Walau cinta umat taruh di neraca Pasti cintanya lebih dari segalanya Demi umat, darah dan tangis mencurah Biarpun berabad lama terpisah Kadang wajahnya gelisah ribut melanda Bimbang umat dihentam azab seksa Kadang gusar Baginda, umat berlapar Namun rumahnya sering tak punya apa Dia hadir mengajarkan mazhab cinta Hingga makhluk lain turut merasa (Hanya kerana) hanya kerana cinta pada Baginda (mungkin terbuai, ho, ho) Dijanjikan Syurga dan bersamanya Kadang wajahnya gelisah ribut melanda Bimbang umat dihentam azab seksa Kadang gusar Baginda, umat berlapar Namun rumahnya sering tak punya apa Walau tika hujung nyawanya Resah memikirkan umatnya (kerana sebegitu hebat) Kerana sebegitu hebat cintanya Layakkahku jadi umatnya? Layakkah aku kan bersamanya?