Katakanlah, kepadaku Adakah engkau sayang pada diriku? Katakanlah, terus terang Agar kutahu perasaan hatimu Jangan biar, ku tertunggu Makin lama kurasa resah, gelisah Jika benar, engkau sayang Buktikan cintamu kepada diriku ♪ Janganlah kau perdayakan Perasaan hati ini Tak guna berpura-pura Nanti hatiku terluka Kalau engkau tidak suka Biar aku bawa diri Kerana aku tahu siapa diriku Buahlah naga Di atas dahan Hati dah suka Tidak boleh tahan Daun mengkudu Di dalam perahu Hatiku rindu Tak siapa tahu Buah kelapa Jatuhnya melayang Hendak kulupa Semakin sayang Cinta bukannya paksaan Lahir dari hati murni Cinta bukan permainan Tak boleh dijual beli Kalau sudah tiba masa Pasti jodoh datang jua Itulah saat yang indah, paling bahgia Apalah guna Intan dan permata Jikalau cinta Tidak bahgia Luka di mata Nampaklah darahnya Hati yang luka Pedihnya di dada Puaslah aku Mencurahkan rindu Akhirnya aku Ditinggal selalu Katakanlah, kepadaku Adakah engkau sayang pada diriku? Katakanlah, terus terang Agar kutahu perasaan hatimu Jangan biar ku tertunggu Makin lama kurasa resah, gelisah Jika benar engkau sayang Buktikan cintamu kepada diriku ♪ Janganlah kau perdayakan Perasaan hati ini Tak guna berpura-pura Nanti hatiku terluka Kalau engkau tidak suka Biar aku bawa diri Kerana aku tahu siapa diriku